Monday, December 14, 2009

IKLAN LUMAYAN

A.Ahli Syurga Dari Awal.
B.Ahli Neraka Dari Awal.
C.Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli.

KHAS UNTUK JAWATAN A SAHAJA: LIMA GANJARAN LUMAYAN
1. Nikmat di kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Dapat Buku Catatan Amalan Pada Tangan Kanan.
4. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
5. Syurga yang kekal abadi.

TARIKH TEMUDUGA
Bila-bila masa bermula dari saat membaca iklan ini.

LOKASI TEMUDUGA
Di dalam kubur (alam barzakh).

KELAYAKAN
Anda tidak perlu bawa siji-sijil.
Anda tidak perlu bawa pingat.
Anda tidak perlu bawa wang atau harta (yang banyak).
Anda tidak perlu berparas rupa yang cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi.
Sila bawa dokumen asal IMAN dan AMAL.

PANEL/PENEMUDUGA
Mungkar dan Nakir.

ENAM SOALAN BOCOR
1.Siapa Tuhan anda?
2.Apa Agama anda?
3.Siapa Nabi anda?
4.Apa Kitab anda?
5.Di mana Kiblat anda?
6.Siapa Saudara anda?

CARA MEMOHON
Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda.Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi).Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu. Ia diberi nama IZRAIL.

2 comments:

suki90 said...

slm nouva...iklan yg menarik...

Umay Senget said...

hehehe...mnarik kn...sram pon ade dgr..hu3

free music download

jom buli patong