Friday, November 5, 2010

Cara nak atasi migrain dgn 8 langkah yg mudah...

ok...kt cnie..aku nk kongsi sket cara2 nk atasi migrain...sbb aku pon slalu gak kne migrain..so, aku search r cara2 nk atasi kn..n then jmpe lah bnde alah nie..hehe..jmput bace lah yer...

#1
Perkara yang paling penting adalah mengetahui apa yang menyebabkan korang migrain. Untuk mengetahuinya, korang boleh membaca jurnal-jurnal. Fikirkan kembali apa yang korang lakukan sebelum migrain berlaku seperti apa yang korang makan, minum, keadaan persekitaran dan perasaan korang. Sesetengah orang akan menghadapi migrain sekiranya terdedah kepada cahaya matahari yang terlalu panas dan terang atau tekanan. Pengambilan sesetengah makanan juga seperti alkohol dan coklat akan menyebabkan migrain. Apa yang perlu diketahui setiap individu mempunyai faktor-faktor penyebab migrain yang berlainan.

#2
Apabila korng sudah mengetahui penyebab kepada migrain korng an, korng kenelah menghindari perkara-perkara yang menjadi penyebabnya. Dalam kes pemakanan, adalah amat mudah untuk mengetahuinya. Sekiranya korng tahu coklat adalah penyebabnya, kenelah menghindari dari memakannya. Semestinya, ia adalah mudah untuk bercakap daripada melakukannya. Sekiranya tekanan adalah puncanya, korang kenelah belajar bagaimana untuk menghindari tekanan. Sekiranya keadaan cahaya matahari yang terang adalah penyebabnya, pastikan sunglasses sentiasa bersama korang.

#3
Sekiranya korang mengalami migrain adalah penting dan berguna untuk belajar dan mengetahui tentang segala-galanya berkenaan simtomnya. Ia adalah mudah untuk mengatasinya daripada menghilangkan kesakitannya (mencegah lebih baik dari mengubati). Pelajari juga teknik-teknik yang boleh korang lakukan untuk menghilangkan migrain korang tuh. Lakukan ini dengan kaedah “try and error”.

#4
Cuba urutan. Urutan belakang leher atau belakang kepala korang mungkin membantu untuk mengatasi migrain.

#5
Cuba panas dan sejuk. Letak “packs” panas atau sejuk pada kepala (dahi) atau belakang leher korang. Atau pengubahan antara panas dan sejuk (suam) boleh juga menjadi sangat efektif.

#6
Cuba berorientasi dengan kegelapan. Apabila korang terasa seperti akan migrain, baring di dalam bilik yang gelap dan letakkan “pack” panas atau sejuk (dari #5).

#7
Cuba kafein. Mungkin ia kedengaran janggal kerana ramai berpendapat dan mengetahui minuman berkafein adalah salah satu dari faktor penyebab migrain. Tapi ramai yang tidak tahu ubat-ubatan yang digunakan untuk mengatasi migrain mengandungi kafein. Jadi cuba minum minuman yang mengandungi kafein. Tetapi perlu diingat, minum dalam kuantiti yang sedikit.

#8
Cuba terapi magnet. Terapi magnet dipercayai mampu mengatasi migrain dan ia juga diakui selamat digunakan oleh Badan Kesihatan Dunia (WHO).

Sekiranya semua langkah-langkah di atas tidak membantu korang mengatasi migrain, korang bolehlah berjumpa dengan doktor. Banyak ubat-ubatan yang boleh digunakan untuk mengatasinya. That's all folks..bye..

free music download

jom buli patong